Assalamualaikum

Assalamualaikum
Kita hanya pelakon di dunia ini yg sudah tertulis skripnya

Monday, 26 October 2015

SEMANGAT SAMBUNG BELAJAR SUDAH MARI..KEMARI ENGKAU KEPADAKU

Setelah frust tertonggeng vacation ke Krabi kensel,makanya belajarlah erti Redha ye.Aku rasa seperti ditarbiah setelah xdapat apa yang aku inginkan. Allah lebih tahu, sedangkan aku xtahu apa2. Post aku yg lepas tu biarlah terdampar kat situ,kenangan masa maqah xhengat dunia.wahaha. Hubby bnyak sokong dalam misi aku yg seterusnya ni. iaitu....aku nak sambung PhD! seronok sangat lah ni nak masuk belajar semula.xtahu lagi apa yg nak jadi ni.heee. Tapi yg penting niat kena betui nak smbung PhD ni. Aku nak belajar n terus belajar dan terus mengajar n mengajar. Itu MISIKU!

Dalam proses nak sambung ni, asalnya nak sambung di USM & nak buat tentang Influx of foreign workers and crime rate. Aish berkobar2 sgt lah sebabnya geram jugak kiri kanan depan belakang muka depa ja dimana2. Tapi hasrat aku jadi terbantut bila aku nak dapatkan data tentang pekerja asing seperti kabur jerebu yg melanda malaysia skrg ni. Birokrasi bagai.nak perlu buat surat etc.Emm sepertinya akulah insan yg pemalas nak mikirnya nanti time data collection.huhu

So aku dah tekad utk smbung belajar di UUM.Tempat menuntut ilmu Master dulu. SV aku inshaa Allah Dr Norehan, seorang yg baik hati & expert in Labor Economics.Akulah pemanjat Gunung PhD, Tq Dr sudi jadi My Malim Gunung! :D. Topiknya berkaitan Women Labor.Sebab apa aku pilih topik ni sebbnya aku women.ahaha.Boleh ke jawab camtu nant PD?

Dalam proses nak smbung ni jgak aku berkenalan dgn kak Tiny melalui Blog. Such a nice sista & teman seperjuangan aku boleh katakan. Aku ingin timba ilmu sebanyak mungkin agar dapatku bantu anak2 bangsaku seagamaku. UiTM dihatiku.walah!

Semoga Journey PhD ini baik2 sahaja. I Love to travel & hopefully the journey of PhD also is exciting but yet still need perseverance! Here we Go! Bismillah...


Credit to DSG


Thursday, 15 October 2015

Trip Ke Krabi kensel saat akhir..

Uhuuuuu..

Kesedihan melanda diri apabila dapat tau pihak VC tidak luluskan cuti kerana skrg musim peperiksaan. Ikut pekeliling pensyarah tidak dibenarkan ke luar negara semasa tempoh peperiksaan. Ok fine! aku pun nak buat strict jugak lepas ni. pergi keja balik keja. Xdak maknanya nak pulun2 dok kat ofis lama2. Maybe salah aku sebab pk semua org pk macam aku pk. Aku dah setelkan kerja sebelum aku plan nak p Krabi tapi tetap xlulus sebab musim exam padahal paper aku marking semua dah.. Nangis aku semalam sebb hotel dah booking flight pun sama. Jumlah kos kerugian aku n hubby +/- RM700. depa bukan nak pk kenapa org pilih date tersebut. dah nama pun lecturer, dia tahu la keja buat dia. Flexibility tu. Ishhh..aku mmg rasa jauh ati sungguh. aku mmg xda mood nak datang keja arini. Nyampah. Sungguh pun ramai lagi org nak keja.Hari ini bagi aku chance utk luahkan kebemcian membuak aku kat pihak VC. sorry to say, u dont even know us but then u strict the rules.

I dont mind kalau dalam pekeliling kata tidak dibenarkan keluar waktu kuliah.Dah mmg patut pun lecturer xboleh saja2 ponteng kelas semata2 nak bercuti. Aku pecaya ramai pensyarah tau buat kerja dia,n tau to plan when to vacant. U as a leader, what u need to do is only give empowerment to ur subordinates! Mengajar dua alam, apa dia ingat seronok ke??Pernah ke tanya kami ni nak ke ngajar tanpa henti Diploma n Degree?inilah first semester yang aku dah x ajar dua alam sejak aku mula pindah ke sini. Non stop. n aku dapat tau cuti xdiluluskan semalam..uihh mmg xkejam...xpe aku doakan yg menzalimi akan dizalimi, Sekian, Hingga saat abis menulis ni aku masing bengkak dengan pengurusan.Alhamdulillah hubby and bff aku mmg bnyak support dengan kata2 hikmah.huhuhuhu..love them to the moon and back!



Monday, 6 April 2015

Kisah rumah comel kami-bab langsir

Ini rupa langsir impian sy..tapi  bajet ciput.. jadinya sy guna langsir ini sebagi contoh yg sy nak. ;)
 Okayy..Sekarang sy nak kongsi dengan kamu tentang langsir pulak. Memandangkan tangan saya ni hanya pandai pegang marker & pemadam,hehe..jadinya sy awal2 lagi dah surrender untuk jahitkan langsir sendiri. My hubby & I dah decide untuk tempah je. Sy kata bagi rezeki kat orang lain jugak,haa nampak x permainannya kat situ utk cover sy punya kelemahan.hehe.. Tapi xpelah sy sgt berpuas hati dengan khidmat langsir oleh Ain Curtain yg terletak kat bandar Perda. Kalau sesape stay kat Penang, sy memang recommend dia or boleh visit website dia www.aincurtainhouse.com.my. Servis tip top! sy cuba untuk dapatkan kos langsir bawah 1 ribu tapi..emmm..disebabkan nafsu sy nak barang yg cantik, xdapatlah harga tu..huhu..so total untuk kesemua langsir dalam rumah adalah RM1400. First sy rasa mahal..tapi bila tengok dia datang pasang, sy mmg puas hati. dalam 3 hari siap. Yang jadi mahal lagi sebbnya saya ambil Zebra blind utk bilik tidur utama.Disebabkan konon2nya sy n hubby nak guna konsep minimalis, jadi kami pilih Zebra blind daripada langsir. tema rumah pulak banyak kelabu. Bg sy & hubby warna kelabu nampak elegan. Ni gambar2  langsir yang telah siap dipasang. Ada lima semuanya. Curtain ruang tamu & bilik no 3, zebra blind utk bilik tidur utama, blind kat dapur & string blind sebagai divider..,Hasilnya, sy sgt suka! Rumah comel kami semakin sgt comel! :D

Ini warna blind yg sy pilih utk letak kat dapur
1. Curtain ruang tamu gabungan warna biru & kelabu. Gambar kicik..Sorry
2. Blind utk dapur. Sy pilih yang plastic daripada kayu sebab dekat dengan dengan sinki
3. Zebra Blind ni sgt practical sebabnya menjimatkan ruang. Just control utk buka atau tutup blind je. Bila siang naikkan blind, bila malam tarik bawa turun blind
4. Curtain bilik no 3. Gambar Gelap terus.huhu. Yang ni warna kelabu. Sy puas hati dengan kualiti kain & Jahitan. Credit to Ain Curtain!
5. Yang ini String Curtain. Sy pilih warna kelabu & sgt membantu sebagi divider, kami xank buat divider konkrit atau letak rak sbgai divider bagi mengelakkan rumah nampak sempit. Bila buat kenduri nanti just tolak je string curtain tu ke tepi. Tapi kalu kamu ada bela si manja meoww.curtain jenis ni maybe kurang sesuai sebabnya bila berhayun2 camtu si meoww mesti nak main. Or ada baby yang baru dapat lesen merangkak..huhu.. So far kami berdua je, Ok lah pakai curtain camni.

Kisah rumah comel kami

Wajah kesayangan hamba..huhu..ini pandangan depan Rumah Comel kami. Gambar xberapa clear tapi tetap comel.:))
Hallooo..Sudah lama xmenulis di blog dek sibuknya sy memberi perhatian kat rumah comel sy n hubby. Alhamdulillah dah nak masuk 3minggu kami masuk rumah baru. Seronok sangat sebabnya rumah sendiri semangat menghiasnya lain. sy suka rumah hubby belikan ni sebabnya dia comel. Nampak kecil je tapi masuk dalam besar jugak sebabnya warna dinding tu kan cerah so nampak ruang besar. 

Hujung bulan 3 hubby dapat kunci, terus weekend kami g basuh rumah sama2.. Mak aii sy ingatkan cuci2 ni biasa2 je lah..sangat xsangka ambil masa berjam2 sebabnya rumah sngt berhabuk.Memang betullah beza CUCI & BASUH rumah.Huhuu. kami ada tambah sikit ja renovation kat dapur buat suis baru utk hood & induction cooker & tambah marmar. Semua kerja2 ni hubby upah bangla2 & sy mmg respek depa ni wat kerja. sgt cepat & betul2 tepati janji. Kipas & lampu jugak kami upah depa, petang depa mai buat, malam dah siap.sgt cepat kan? Ha cita bab basuh rumah, mula pukul 3 ptg..sgt nyesal okeh..sebab ingatkan hanya 3 jam boleh siap..tapi sampai kul 9 malam baru siap..bukan cuci ye basuh..T_T. My Hubby mmg cermat orangnya drpd sy.. kalu sy mesti nak cincai2 jer..hahaha..Ok lah kan couple tu mesti kena contra. dah sy tgk hubby sgt tekun membasuh rumah, sy pun haruslah tunjuk tekun jugak kan..haha..kat bawah ni gambar rumah comel kami dalam proses basuh. phewwww..tgk gambar ni pun masih terasa letihnya..tapi oklah rumah sendiri rasa berbaloi..Hujung bulan 3 yang penuh dngan aktiviti sebabnya nak masuk rumah awal bulan 4.& yg paling penting taknak kena GST! 1 APRIL 2015 kos hidup akan makin tnggi, kami mesti segerakan masuk rumah.! 

Rumah comel kami yg telah banjir hasil buatan tgn kami..:D

Yeayyyy!! Finally dah siap..Kenalah buka lampu semua sebabnya habis pun dah malam..6 jam wooo woo
Gambar ni patutnya letak no 1..tapi dah malas nak mengeditnya..ini gambar sebelum rumah comel kami banjir. :D

Thursday, 26 February 2015

Kecemburuan apakah ini?

Dah lama saya xconteng2  di blog sebabnya ada hal2 dunia yang datang bermain di kepala. Kadang2 sy di goda syaitan dengn buruk sangka seminggu dua ni sy banyak buruk sangka dengan hubby.huhu..truknya sy. mcm2 sy fikirkan. last2 nangis sorang2.ntah apa2 kan..tapi hubby sebnarnya xda pulak buat perangai dan dia pun xpernah terpikir sy dok pendam perasaan yang direka sendiri ni. maybe tahap sy jeles kat hubby tu tnggi. sy ni suka kaji seniri dan tnya pakcik google camna nak ilangkan perasaan jeles ni.antara tips2 nya adalah sorang blogger tu kata kalau seorang lelaki tu dah memilih kita sebagai wife dia, pastinya kitalah yang terbaik untuk dia dan dia mesti sayangkan wife dia apapun. Sy lihat ex gf hubby lebih cantik pd sy. mereka berkulit cerah and setiap kali kalau kami tengok movie hollywood and heroinnya ada iras2 ex gf dia dulu, mood sy tgk movie terus hilang.macam bodoh kan? huhuu smpai camtu sekali sy buruk sangka kat hubby. dugaan ini sy pk agak berat utk sy tapi sy tau ramai lagi yang ujiannya lebih berat.Husband main perempuan kat belakang, kahwin lagi satu tapi xbagitahu wife.aduh itu lebih berat ujiannya. lalu sy terpikir apakah sy kahwin dgn hubby semata2 kerana cinta?kalau begitu memang benarlah hati dan iman sy sgt lemah. sy nak hubby tunjuk cinta dia kat sy yg mana sy terlupa dan pentingkan diri sendiri. sepatutnya kita kahwin atas dasar mencintai kerana Allah. mohon pada Allah jaga hubungan rumah tangga kita daripada bisikan syaitan.Allah..T____T

hari ni sy tekad untuk jd wife yang lebih baik daripada sebelum ni. sy perlu muhasabah diri kenapa perlu sy cemburu dgn ex gf hubby jika sy yakin jodoh yang Allah bg ni adalah yg terbaik.sy yg terbaik antara girl yg pernah hubby jumpa dan sepatutnya sy kena hargai dan buat yg terbaik utk masa depan rumahtangga kami.itu yg betulnya. padahal sy ni mmg patut bersyukur sgt sebb sy adalah girl pertama yg hubby fall in love dan sy juga yg jd pilihan hubby sebagai wife. sy malu kat Allah bila sy jarang2 sekali bersyukur dgn nikmat Allah bg dan asyik merungut sesuatu yg sudah menjadi memori. Gambar hubby n ex cadangan sy nak bakar tapi sy pikir biar hubby sendiri yang bakar. sy jumpa gambar2 tu kat umah mak dia.katanya dia dah lupa ada gambar tu dalam album. hati sy yg kurang bersangka baik ni berkata iye ke..ntah2 masih berperasaan.haa tengok sifat cemburu tu..huhu..Tapi kadang2 bila sy fikirkan semula, hubby memang jenis xamik kisah benda2 yang dah lepas.sy masih ingat lagi masa kami take a break dulu lepas sekolah,macam iklan kit kat pun ada..sy ada juga contact2 semula dia tapi mmg dia xlayan sebb dia dah ada gf baru masa tu. and hubby selalu kata "abg xpandai nak syg banyak2 pompuan satu2 masa." berbekalkan kata2 azimat tu lah, hati sy rasa lega jugak. tapi itulah bila ada saat sy digoda dgn bisikan setan yang nek memporak perandahkan rumahtangga sy, terkadang sy lupa jugak kata2 azimat hubby tu.huhu..istighfar banyak..bagi sy cemburu tu perlu tapi berlebihan cemburu tu memang cubaan utk membuang masa, airmata dan juga menambah dosa2 kita sebagai isteri.so try our best to avoid ok..


semoga cemburuku padanya keranaMU Allah..

Friday, 6 February 2015

Renungan buat Musafir pada penghulu hari

Setiap dari kita mesti pernah rasa jeles kan.Kadang2 kita rasa kita dah buat yang tebaik tapi hasilnya mengecewakan.kawan kita beusaha sikit ja,tapi dia dapat apa yang kita nak.Perlukah kita rasa jeles?Jawapannya sudah tentu TIDAK.Remember, our life is shaped by our own destiny, which has now become our reality.Jealousy will not get us anywhere, it will only take away our peace of mind.

Cuba kita duk sorang diri dan bermuhasabah. Siapa yg membawa kegembiraan/kebahagiaan kita pada setiap hari dengan izin Allah? Jawapan yg sering kita dengar mungkin akan ada yang kata ibu bapa,suami,isteri,tunang,bf/gf,anak,rakan2 n mgkin juga harta benda yg dimiliki. Jrg2 kita akan dgr bekas suami, isteri, tunang,bf/gf kita yg wat kita gembira.Hakikatnya kita lupa mereka semua ini xkan bawa kebahagiaan kpd kita sekiranya kita sendiri yang TAK NAK bawa kebahagiaan kpd diri sendiri. Mind setting setiap hari agar banyak memberi kasih syg dr menerima. Orang yg ceria/berfikiran positif/bersangka baik akan BAHAGIA dan auranya akan meresapi ke dalam jiwa orang yg disekelilingnya. Jika kita masih bergantung dgn orang lain utk bahagia, usah pelik kenapa hari2 yg dilalui penuh dgn CEMBURU,TIDAK BERSYUKUR & TIDAK REDHA.

Kita mesti selalu pikir Allah nak bagi ganjaran pahala kat kita dgn pelbagai cara.kadang2 sesuatu /seseorang dihadirkan dalam hidup kita untuk Dia bagi ganjaran pahala jika bersabar dgnnya. Bukan mudah untuk bersabar dengan sesuatu yg kita kurang suka, tetapi mohonlah padaNYA agar kita sentiasa beristighfar kepadaNYA tiap kali kita dihadirkan dgn dugaan sebegini. Adakala diujinya hati kita dengan cemuhan orang sekeliling atau apa sajayg menyakitkan hati & mata, selalu INGAT Allah nak bagi pahala kat kita untuk imbangkan semula dosa kita yg tak tahu banyak mana. uhuhhhhu..

Langit tak selalunya cerah, Mendung tak beerti hujan akan turun. Jika ianya tetap turun, mungkin bagi kita ianya mengecewakan tapi lupakah kita dunia ini bukan kita sahaja penghuninya. Usah difikirkan kehendak dan keperluan diri sahaja, masih ramai lagi hambaNya yang memerlukan hujan kerana lama terasa kontangnya. Lupakah kita Dia yang maha Bjaksana dalam merencana? Masih ragukah kita akan janjiNya dan nikmatNya yang mana yang kita ingin dusta?Tidak pernah Dia turunkn hujan tanpa ada hentinya. Hanya yakin dgn takdirnya,hidup ini bukanlah sesukar yang disangka jika kita amalkan selalu berbaik sangka.

Tuesday, 3 February 2015

Kisah Pelajar yang lupa

Ada pelajar yg terlupa sebelum gurunya menjadi guru,gurunya itu juga asalnya seorg pelajar.Usah diberi beribu alasan penatnya aktiviti sebagai pelajar dan mahu guru faham kesibukan kamu itu kerana guru itu pernah bergelar pelajar.Tapi itulah NiKMATnya jadi pelajar.Bila kamu sudah jadi pekerja baru kamu hargai nikmat itu kerana kerja tidak pernah habis sehingga kamu tiada lagi kat dunia ini.
Tak kurg juga ada pelajar yg terlupa bahawa buku yg dirujuknya itu gurunya telah khatam berkali2 banyaknya demi untuk fahamkan pelajarnya kerna bagi guru itu satu kepuasan bagi dirinya. Pelajar yg terlupa itu meniru dalam test guna ayat yg sama sperti dlm bukunya. Owh pelajar yg lupa.. Lupakah kamu akan adanya Dia..lupakah kamu agar selalu menjaga amanah sebagai pelajar?
Sy mengaku saya pernah meniru masa belajar dahulu tetapi tidaklah sehingga sebijik2 ayatnya itu pun jika betul2 tak tahu apa malahan meniru bukanlah tabiat sy kerana sy xlupa meniru itu adalah dosa. Dosa kita hari ini ada harga yg perlu dibayar dimasa depan.andai banyak benda tak betul kita buat semasa bergelar pelajar atau siapa saja kita, akan banyak juga lah yg akan kita tanggung dimasa depan. Misalnya jika dpt grade bagus hasil dari meniru kemungkinan lambat kita dapat kerja.Seandainya mudah dapat kerja kemungkinan kita dpt pasangan yg menyesakkan dada.andai itu pun tidak dirasa kmgkinan sikap anak2 adalah 'harga' yg perlu dibayar hasil dari perbuatan kita yg tidak kena.
Hari2 muhasabah diri,sy juga tdak sempurna.pasti ada silap salahnya.moga coretan sy ini bermanfaat utk anda.