Assalamualaikum

Assalamualaikum
Kita hanya pelakon di dunia ini yg sudah tertulis skripnya

Saturday, 20 December 2014

Syair arab memujuk hati agar terus bersabar

Walaupun perjuangan akan lama;
Jika engkau bersabar dan tak pernah berputus asa;
Pasti engkau akan melihat kebebasan dari kesusahan;
Setelah banyak orang yang bersabar akhirnya
dia sampai kepada yang dicita-citakan;
Seperti orang yang terus-menerus mengetuk pintu;
Lama-kelamaan dia dapat masuk ke dalam rumah.

Thursday, 18 December 2014

Part 2: Kehamilan yg ke 3.Berhenti mengharap

Semalam sy p check dgn Doc Farhana di Klinik panel. Macam biasa, jawapan yg sama."jangan berharap".ok sy dah bole terima jawapan dia bagi tu.Semalam keluar lagi darah sy dah mula rasa macam nak demam.kaki sejuk semacam.Hubby  kata dia nak cuti esok nak jaga sy.terharu.walaupun memang itu tugas dia tapi bukan semua hubby kat dunia ni macam tu.syukur Alhamdulillah.bukan sy nak promote hubby ni baik tapi bagi sy memang dia ni satu anugerah terindah Allah bagi sebabnya selain daripada dia memang kena taste sy n dia sememangnya first love sy,dia ni mmg baguih. Kadang2 sy terpikir maybe sebab tu kami diuji sebab sy n hubby selalu cakap rezeki anak bukan kita bole bagi atau cari. Kalau nak berjaya buat kek contohnya,sy bole cari orang yg betul2 pakar n tgk dia buat.Bila sy try in shaa Allah bole sama macam dia buat kalau betui2 ikut resepi dia.Tapi rezeki anak ni, bolehkah pergi minta resepi kat orang yg ramai anak?haaa..bukan nak lucah tapi tulah hakikatnya.orang yg ramai anak pun xbole bagitau apa kaedah yg sebenarnya utk dapat ramai anak.Haa..konsep yg mudah ja kan yg segelintir lagi tak paham iaitu anak tu bukan hak kita tu hak Allah.Dia nak bagi, dia akan bagi walaupun satu dunia kata xjadi.kalau dia belum nak bagi,satu dunia xbole bagi walaupun paksa camna cara pun. oklah syn hubby dah pun redha.skrg tggu je sikarung kecil ni keluar.maybe dalam masa terdekat ni.harap2 xlah sakit macam yg first. Lagi satu, bila kita hadapi ujian,ingat Allah uji Allah sayang. Alhamdulillahi a'la kulli hal fil kullihal wal ni'mah.

P/S: For my dearest hubby..lovely words i thought..Muahhh love u endless

Wednesday, 17 December 2014

Kehamilan yg ke 3: Mungkinkah sejarah akan berulang?

Sy hamil lagi buat kali yg ke 3.Alhamdulillah. setahun sy tggal sebumbung dgn hubby setelah lebih kurang 2 tahun lebih bejauhan. Seronok mestilah kan. Anugerah hamil ni bukan semua orang dapat tapi utk merasa seronok lebih2 sy xbole.Uuuu..Sebabnya sejarah keguguran yg lalu tu masih bermain2 dimata. Kalau sape2 yg terbaca catatan sy ni n pernah rasa gugur,tahulah mcmna rasanya. Bila Doc ckp " emm rasanya xjadi ni.."..rasa tang situ jgk nak triak sekuat hati. Tapi kali ni sy n hubby lebih cautious .Kerja rumah pun sy xbuat truk2,banyaknya hubby yg buat. Masa first sy check kat GH Seberang Jaya.Doc Juliana sepupu member sy.Baik Doc nya.first check semuanya ok n nmpak kantung tapi baby mmg xada lag sebbnya baru 4weeks camtu. So bila dah nak masuk 7weeks (13.12.14) sy n hubby g hosptal Pearl Maternity sebbnya bila sy tnya en google, testimoni kat situ elok2 blaka. Ha..cita pasai hospital bersalin ni sy mmg boycot trus dgn Hospital Bersalin Muslimah.Doc dia sy xsuka kerek sgt xsesuai jadi doc.i mean dia punya karakter bukan ilmu dia.tapi apalah guna ada ilmu prangai busuk kan?nama doc tu sy lupa sebb sy xsuka dia.yg kita xsuka baik kita lupakan.okeylah sambung cita jumpa Doc rosita kat pearl maternity ni.ha..doc ni sy suka baik penerangan pun baguih.dia kata karung ni kecik xsama mcm umur kandungan. Mata sy dah berkaca2 dah..dalam hati ckp "baby please keep growing..".n ayat keramat doc macam biasa..jgn beharap ye..lagi dua minggu dtg kita tgk progress baby..mmg xlah sy dgr ckp dia..sy sememangnya berhrap..(degil). sy tahan hati jgn lah nangis..tapi akhirnya masuk dlm kereta.sy meraung..hubby pujuk xpa baby kicik lagi tu..nant ada..abg yakin.ok fine..sejuk hati sikit..tapi bila 16.12.14..dia dah start kuar darah sikit..mulalah sy dh xsedap hati..sy pujuk hati..sy google abis tentang segala kaitan dgn tanda2 gugur walaupun sy pernah gugur dulu.sama jgk mcmni berlaku.sedih..semalam ada lagi darah kuar..sy dah rasa bole trima kalau kehilangan lagi sekali..harini MC,so far belum bleeding.ptg ni hubby akan bawak p jumpa doc.Kalau ada,in shaa Allah tetap ada. Ok nant update semula apa akan jadi seterusnya dgn pregnancy sy kali ni.yg pasti sy x keseorangan menghadapinya.ramai lagi wanita lain merasa.yg tdak pernah merasa doakan lah kami yg penah gugur ni merasa perut ditendang2 oleh sikecik comel ni.pasti nikmat kan.mmmm Allahumma Ameen.