1. Kena puji Allah byk2 sebelum doa apa kita nak.Allah suka hambaNya yg byk pujiNya.Puji Allah byk2 pun xapa sebb mmg Allah shja yg layak terima pujian.Puji manusia lebih2 dikata kaki bodek kan,tapi dgn Allah xda manusia yg berani gelar kita camtu sebabnya segala pujian Milik Allah semuanya.
2.Kena janji dgn Allah.(nazar) lepas Allah makbul apa yg kita nak,kita janji dgn Allah contoh nak wat kenuri etc.(buat kebaikan).Allah suka hambaNya yg berjanji dan Sesungguhnya Maha suci Allah yg xpernah memungkiri janji.
3.Menyebut2 kebaikan kita dgn Allah bukan dengan org. Contoh kita tolong org tua lintas jalan,atau bg makan kucing kat jalan cerita kat Allah kebaikan kita wat walaupun Allah memang dh tau n berharap semoga Allah terima doa kita.(Allah suka kita sebut2 kebaikan kita wat utk dpt redha dan kasih sygNya.(ibarat anak yg cerita apa kebaikan dia wat kat sekolah,ada ke mak yg menyampah dgr? Huhu).Itu mak,inikan pula Allah.Kalau kita asa mak kita syg sgt kat kita,Allah lebih mendalam lagi kasih syg dia kat kita tau.(sebak asa.). Tapi berbeza dgn manusia,jika disebut2 manusia akan jemu n nyampah.)Maha baiknya Allah kan?
4. Jauhi perasaan jemu dan terburu2 utk dapatkan apa yg kita doakan kerana Allah lebih tahu apa yg terbaik utk kita. Barangkali pernah terjadi pada kita bilamana skrg kita bersyukur Allah tidak mengabulkan permintaan kita yg dulu2 pernah kita sedih sgt2 inginkan.(Cuba renung semula...pasti ada, kerana Allah punya rencana lebih indah drpd kita sangka.
Allah berfirman."Berdoalah kepada Aku,nescaya akan Ku perkenan doa hambaKu. Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Surah al-Baqarah, 2: 186)
Ilmu dikongsi ringkasan drpd rancangan tanyalah ustaz & Dr Bilal Philips.semoga bermanfaat.#semogaAllahselalusayang
No comments:
Post a Comment