Assalamualaikum

Assalamualaikum
Kita hanya pelakon di dunia ini yg sudah tertulis skripnya

Sunday, 1 February 2015

Jom Muhasabah Diri

Bila mana keinginan kita masih belum diperolehi,belum bertemu jodoh lagi, belum punya anak sendiri,ada anak ingin ditambah lagi,belum dpt kerja yg serasi,belum dpt beli rumah sendiri,usah mengeluh kurangnya diri sebagai manusia tetapi banyaklah merenung kurangnya diri sebagai hamba agar kita mengerti tempat kebergantungan kita hnya Dia.
Bila mana melimpahnya rezeki,jodoh yang diidamkan kita miliki,dianugerahkan anak2 sebagai penyeri,keja bagus kita perolehi,rumah impian jadi realiti,usah merasa lebihnya kita sebagai hamba tetapi cukuplah kita merasa Dia bagi lebihnya kita sebagai manusia agar kita cambahkan benih syukur padaNya. Ujian itu datang dalam pelbagai rupa. Bersangka baik dgn Dia,itu juga kan doa.Allah itu maha baik,yang Dia bagi semuanya baik belaka.Jikalau ada sangkaan buruk manusia kepada kita,itu tandanya ada pahala percuma masuk akaun kita.
Kadang-kadang bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita. "Aku buat beginilah yang jadi begini." "Doa aku makbul!" "Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun." Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.
Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.
Hal ini sangat menyentuh hati saya. Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan saya juga. Kita ini banyak dosa. Terhijab. Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu janganlah berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya. Dan jangan rasa segan meminta orang lain mendoakan kita. Semoga Allah redha dengan kita. Aamiin. 
smile emoticon

No comments:

Post a Comment