Sunday, 1 February 2015
Mencari pemakanan sunnah
Februari 2015 sudah..hari ni sy plan nak p beli Qaseh Gold adinda n kekanda untuk usaha seterusnya getting baby. Pagi2 lagi mesti kena positif. Mohon yang baik2 semoga yang baik2 shja akan datang. haritu ada juga try Double Stemcells, memang rasa kulit jadi mulus. Tapi yg memusykilkan sy adalah effectnya yg sgt cepat. Seminggu makan konsisten memang dah nampak hasil. So borak2 dengan hubby, hubby ckp xsedap hati sy duk makan benda tu. mula2 sedih jugak, tapi bila dengar ulasan dia,em bole diterima jugak apa yg hubby cakap. Katanya lebih baik makan pemakanan sunnah. Kata hubby kita makan bukan untuk dapat anak semata2 tapi dapat pahala jika kita amalkan apa yg nabi amalkan..uuuu..mmg xboleh dinafikan. So sy dah tekad nak p cari Qaseh Gold tu. Moga Allah berkati usaha kami ni.:). Tentang Double Stemcells tu maybe baik untuk orang lain, sy bukan niat nak kondem produk tu sebabnya kakak sy seniri buat bisnes tu. Tengok testimonial mmg ramai yg serasi dengan produk tu. Cuma sy n hubby rasa xselamat. So lebih baik sy berhenti makan, lagi satu kalau kita makan apa2 supplements n xpercaya dengan kebaikan supplements tu baik berhenti.Ada kaitan dgn kepercayaan kita juga jika mahu ianya bermanfaat. Selepas makan Qaseh Gold nant sy ceritakan pula tentang kesan produk tu kat sy. Maybe selepas gugur haritu, hati sy memang nak cuba produk sunnah. Plus Doc pun ada suggestkan. Siapa tahu kan dengan mencuba produk sunnah ni, Allah bagi baby. Penantian yang berbaloi jika dapat baby hasil pemakanan sunnah. Dengan izin Allah. Berbalik semula dengan kata2 hubby, kita amalkan in shaa Allah dapat pahala.Maha baik kan Allah? last words untuk TTCians semua jangan sedih2 n putus asa. Allah itu maha teliti. sy yakin Dia akan bagi tepat pada waktunya. Ayuh bangkit! Jangan merungut2 n bandingkan kita dengan orang lain tapi lebih banyakkan berdoa n ikhtiar sebaik mungkin. Pasti Allah bagi.:).
Labels:
Qaseh Gold
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment